Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021
Imej
INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN    "BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH" Permulaan dari kumpulan kami. Hari ini saya bersama kumpulan saya ingin berkongsi tentang perpaduan di malaysia yang berlaku sejak kebelakangan ini. Semoga apa yang kami sampaikan pada hari ini dapat membentuk perpaduan sesama kaum .    PENDAHULUAN Pada era tahun 2020 yang kini mempunyai zaman teknologi yang canggih dan maju. Pencapaian disasarkan bersifat komprehesif bukan sahaja pada fizikal mahupun ekonomi, tetapi merentasi bidang Politik, Pentadbiran, sains teknologi dan sosial.  Rakyat Malaysia diberi tempoh hampir 30 tahun untuk memajukan negara. Tetapi, Malaysia juga menghadap krisis khususnya prestasi ekonomi yang tidak menentu. Fenomena globalisasi pesat mencabar kelangsungan negara untuk bertahan dan mara ke hadapan Segala aspek kehidupan manusia menghadapi pelbagai cabaran pada era ini. Dengan konsep dunia tanpa sempadan, urusan negara tidak lagi menjadi hak eksklusif sesebuah negara itu