INOVASI SOSIAL BERKENAAN PERPADUAN
  


"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"

Permulaan dari kumpulan kami. Hari ini saya bersama kumpulan saya ingin berkongsi tentang perpaduan di malaysia yang berlaku sejak kebelakangan ini. Semoga apa yang kami sampaikan pada hari ini dapat membentuk perpaduan sesama kaum . 






  PENDAHULUAN

Pada era tahun 2020 yang kini mempunyai zaman teknologi yang canggih dan maju. Pencapaian disasarkan bersifat komprehesif bukan sahaja pada fizikal mahupun ekonomi, tetapi merentasi bidang Politik, Pentadbiran, sains teknologi dan sosial. 
Rakyat Malaysia diberi tempoh hampir 30 tahun untuk memajukan negara. Tetapi, Malaysia juga menghadap krisis khususnya prestasi ekonomi yang tidak menentu. Fenomena globalisasi pesat mencabar kelangsungan negara untuk bertahan dan mara ke hadapan
Segala aspek kehidupan manusia menghadapi pelbagai cabaran pada era ini. Dengan konsep dunia tanpa sempadan, urusan negara tidak lagi menjadi hak eksklusif sesebuah negara itu dan terbuka kepada pesaing yang kompetitif
Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, melalui amanat tahun baru menegaskan berkesinambungan daripada wawasan 2020 tercetusnya blueprint Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030).
Tersiratnya, 2020 seharusnya difahami bukan penentu kepada sesuatu status pencapaian, tetapi tempoh bagi proses transformasi pemikiran, sikap dan sistem nilai rakyat di negara ini.



DEFINISI INOVASI SOSIAL

Inovasi Sosial adalah pembentukan strategi baru, konsep atau idea dan organisasi yang memenuhi keperluan sosial yang melibatkan idea pembangunan peluang pekerjaan dan pendidikan kepada pembangunan masyarakat. Kesihatan juga dapat diperluaskan dalam memperkukuhkan keperluan dan kebajikan rakyat awam.

Inovasi sosial juga dimaksudkan sebagai idea-idea yang baru. Dalam masa yang sama ia dapat memenuhi keperluan masyarakat sosial dan dapat mewujudkan kerjasama melibatkan semua pihak sama ada pentadbir negara, masyarakat awam, dan semua organisasi sosial tidak kira berlainan bangsa dan kaum. Inovasi ini dianggap sangat baik untuk setiap lapisan masyarakat yang lebih besar dalam penyediaan perkhidmatan sosial dan kebajikan  (Geof Mulgan, Social Innovation, Oxford Said Business School 2010)







PERPADUAN BANGSA DEMI KEMAJUAN SESEBUAH NEGARA

SEJAK akhir-akhir ini, banyak pihak bercakap tentang perpaduan sama ada tentang kerjasama antara parti politik mahupun penyatuan Melayu.
Dalam hal ini, pendirian saya konsisten - sentiasa menyokong sebarang usaha untuk menyatukan rakyat Malaysia, tidak kira bangsa mahupun warna kulit.
Saya sokong kerana saya sedar bahawa perpaduanlah asas kejayaan sesebuah negara.
Jika tidak, mana mungkin usaha menyatukan masyarakat termasuklah orang Melayu telah dimulakan sejak sebelum Merdeka lagi.

Pada tahun 1946 misalnya, datuk saya sendiri, Allahyarham Dato’ Onn Ja'afar telah mengadakan mesyuarat dengan lebih 40 pertubuhan Melayu bagi berbincang dan menyeru orang Melayu agar bersatu menentang Empayar British serta pembentukan Malayan Union.
Lebih bermakna, usaha beliau inilah, yang menyebabkan tertubuhnya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Tidak terhenti setakat itu, Dato’ Onn juga sanggup meletakkan jawatan dalam UMNO pada tahun 1951, selepas cadangannya untuk membuka keahlian UMNO kepada semua kaum ditentang oleh sebahagian besar ahli UMNO pada ketika itu.

Lihatlah, betapa besarnya visi Dato’ Onn dalam menyatukan rakyat. Beliau sedar dan sanggup akui bahawa Malaysia tidak akan berjaya jika hanya bersandarkan kepada kekuatan Melayu semata-mata.
Hari ini, sama ada kita sedar atau tidak, sesetengah usaha dan keputusan yang kita buat seolah-olah sedang mengulang tulis sejarah yang telah dicoretkan oleh Allahyarham Dato’ Onn.











KESIMPULAN

Pengukuran pembangunan inovasi sosial berdasarkan teori keupayaan penyerapan dilihat dapat memenuhi teras inovasi sosial, iaitu pembaharuan, pelaksanaan idea, memenuhi keperluan masyarakat, keberkesanan dan meningkatkan keupayaan masyarakat dalam membentuk kesejahteraan masyarakat. Jurang keupayaan potensi inovasi sosial organisasi dan keupayaan kesedaran inovasi memerlukan pengukuran di peringkat individu agar teras pembangunan inovasi sosial dapat diperkukuhkan. Idea inovasi sosial yang berkesan adalah dalam bentuk hasil seperti kualiti, kepuasan, kos dan kesan, berbanding penyelesaian yang ada. Penyelidikan yang memenuhi keperluan masyarakat dan hasil yang efektif menggambarkan kejayaan inovasi sosial. Walaupun isu pembangunan sosial secara amnya telah lama diperdebatkan, namun daripada segi konsep inovasi ia masih baru terutamanya di negara sedang membangun. Justeru, penumpuan kepada pembangunan inovasi sosial diperlukan untuk menjana keseimbangan pembangunan agar keseluruhan masyarakat memperoleh manfaatnya.












SEKIAN TERIMA KASIH




MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

 PENSYARAH:ENCIK MOHD FAIZAL BIN MAT PESA



HAIMAN HAKIMI BIN MOHD ZAHID-14DHF20F2012

MUHD HAZIQ BIN OTHMAN-14DHF20F2013

NUR ALYA ATIQAH BINTI MOHD SAUFI-14DHF20F2016

FARAH FARHANAH IZZATI-14DHF20F2004

SITI ISHAMI BALQIS BINTI SHAMSUDIN-14DHF20F2036

 








 












Ulasan

  1. Wow hebatnha tulisan anda.. Menggambarkan jiwa yg suci dan murni.. Sungguh sentimental

    BalasPadam
  2. Perkongsian ilmu yang tepat dan padat tqqq

    BalasPadam
  3. Masyallah sungguh hebat penulisan ente.. Mudah dipahami lantas diselami.. Sungguh hebat anak muda

    BalasPadam
  4. Terbaikkkk πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  5. Mantap guys πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  6. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  7. mantappπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  8. mantappπŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam
  9. pengkongsian yang bagus tqq πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    BalasPadam

Catat Ulasan